~ saintis bantu ibu bunuh diri ..

New Zealand – Seorang pakar forensik dari Afrika Selatan diperintah menjalani tahanan dalam rumah selama lima bulan selepas mengaku membantu ibunya yang berusia 85 tahun dan tenat, membunuh diri di Dunedin, Pulau Selatan pada 2006.
Sean Davison, sebelum ini berdepan hukuman penjara 14 tahun selepas didakwa di Mahkamah Tinggi bulan lepas.
Namun selepas pendakwaraya menukar dakwaan, dia bersetuju mengaku salah.
Hakim Christine French ketika membuat keputusan berkata, Dr Davison, 50, mengetahui bahawa dia melakukan kesalahan kerana membantu ibunya membunuh diri namun kesalahan itu dilakukan pada tahap yang paling rendah dalam kes berkenaan.
“Walaupun pada pandangan saya anda melakukan perbuatan itu dalam keadaan sedar, namun anda bertindak demikian kerana kasih sayang, bukan bertujuan mendapat keuntungan di atas kematiannya,” kata hakim tersebut.
Dr Davidson membantu mempercepatkan kematian ibunya yang sedang uzur dan tidak boleh makan selama beberapa minggu dengan memberikannya minum air bercampur morfin.
Dia melakukan perbuatan itu selepas didesak oleh ibunya.
Dr. Davidson ditangkap pada bulan September tahun lalu dan selepas dibenarkan ikat jamin, dia mengemukakan rayuan supaya kes berkenaan dibicarakan di Afrika Selatan.
Pakar forensik berkenaan dibenarkan pulang ke Afrika Selatan, tempat di mana dia menghabiskan masa selama 20 tahun di sana selepas menamatkan hukuman tahanan dalam rumah di New Zealand.
Saintis Dihukum Tahanan Dalam Rumah
Sean Davison

Dekat Malaysia ni pun ramai anak-anak yang macam ni. Katanya kerana kasihan. tapi yang sebenarnya mak cik rasa kerana malas nak jaga. 


Kalau kita yang beragama Islam ini, fikirkanlah dengan waras untuk melakukan pekara ini. Jika kita menjaga ibubapa yang uzur dan tidak berdaya, itu tandanya ALLAH sayangkan kita. 


Setiap detik malaikat bertasbih di atas nama kita dan berdoa syurga ganjaran untuk kita. Lagi lama kita menjaga ibubapa sepenuh jiwa raga dengan ikhlas, sabar dan kasih sayang, lagi banyak ganjaran pahala yang kita dapat. Tidak semua anak-anak berpeluang melakukah ibadat ini...

~ Isyarat Lucah – Pemberita Rusia Dipecat..


Seorang penyampai berita televisyen di Rusia yang menunjukan  isyarat lucah apabila menyebut nama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ketika berita bersiaran secara  langsung telah dipecat.
Tatyana Limanova pada waktu itu sedang membaca satu segmen mengenai persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik apabila dia membuat isyarat lucah itu – sebaik sahaja dia menyebut nama Obama.
Dia melihat ke bawah ketika bercakap tentang bagaimana Presiden Dmitry Medvedev akan bakal menjadi ketua persidangan sebagai sebahagian daripada putaran jawatan Pengerusi.
Tetapi ketika dia membaca yang jawatan itu dahulunya disandang oleh Obama, dengan jelasnya dia menaikkan tangannya – dan kemudian jari hantunya.
Hari ini, REN TV, yang dikawal oleh sekumpulan sekutu rapat Perdana Menteri Vladimir Putin dan disiarkan kepada kira-kira 120 juta orang di Rusia, menyifatkan tingkah lakunya sebagai ‘tidak profesional’ dan ‘tidak boleh diterima’.
“Pada 14 November semasa rancangan Berita 24 penyampai berita Limanova telah melakukan satu tindakan yang tidak boleh diterima yang sinonim untuk ungkapan kesat.
“Ia tidak mempunyai subteks dan tidak berkaitan dengan berita yang Limanova baca pada ketika itu.
“Satu keputusan telah diambil iaitu Limanova tidak boleh dan tidak akan terus bekerja di saluran REN TV sebagai penyampai berita,” kata satu kenyataan.
Sumber berkata Limanova, ibu kepada seorang anak yang berkahwin dengan seorang jurukamera, mempertahankan yang dia tidak bersalah, mengatakan dia sangka kamera ditutup pada ketika itu.
Namun nampaknya ia tidak dapat menyelamatkan wartawan yang pernah memenangi anugerah itu daripada dibuang kerja.
Isyarat Lucah - Pemberita Rusia Dipecat

~ 6 cara hilangkan perasaan rindu pada bekas kekasih..



Resah dan gelisah apabila putus cinta Lama kelamaan tenggelam dalam kesedihan. Berhari-hari menangis atau mengurung diri. Itu memang cara para wanita untuk melepaskan kesedihan...

Well, tak ada yang salah dengan berbuat begitu. Tetapi ingat laa perjalanan hidup kamu belum berakhir kerana itu. Tentukan berapa lama masa 'berduka', setelah itu bangkit dan mulai hidup baru..

Di sini ada beberapa tips untuk mulai hidup baru selepas putus cinta. Walaupun tidak semudah 1,2,3 untuk melupakannya bekas kekasih, tetapi lebih baik mencuba dari terus meratapi...


1. Berkumpul dengan kenkawan. Jangan menghabiskan masa sendirian. Manfaatkan masa terluang dengan keluar berkelah, minum di cafe, berchating atau telefon & sms untuk mencurahkan perasaan duka juga bercerita tentang hal semasa.


2. Menenangkan diri sambil membaca buku. Cuba ingat kembali buku apa yang belum sempat kamu baca. Buku yang menarik akan memicu imajinasi dan boleh membuat kamu leka tanpa memikirkan tentang hal lain. Semakin banyak masa yang kamu habiskan dengan buku, tanpa sadar semakin sedikit waktu yang digunakan untuk memikirkan tentang kerinduan kamu tentang  bekas kekasih.


3. Jangan mudah tergoda. Dalam masa terdesak, sering sekali kamu mudah jatuh hati. Pada masa ini memang kamu perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan hati dan memberi perhatian. Jangan terjebak hanya dalam cinta sesaat. Pikirkan baik-baik dan selalu fokus pada hal lain dalam hidup kamu seperti pekerjaan, keluarga, atau pendidikan. Jika kamu sudah merasa cukup tenang dan boleh berfikir jernih, barulah kamu perlahan-lahan boleh mula mencari kekasih baru.


4. Kalau memang susah untuk melupakannya, buang semua yang berkaitan dengannya seperti hadiah, no telefon, gambar. Hapuskan akaun facebook, twitter, dan semua yang boleh mengingatkan kamu padanya. Ingatlah KAMU PASTI BOLEH..


5. Bersukan. Mungkin cadangan ini nampak biasa saja, tapi ada alasan mengapa bersukan boleh membantu melupakan si dia. Sukan bukan hanya baik untuk kesihatan tubuh tapi juga baik untuk kesihatan mental. Bersukan boleh membantu meningkatkan mood dan membantu kamu menjadi lebih segar. Dengan tubuh yang sehat dan segar, secara optimis akan meningkatkan kepercayaan diri dan membuat kamu lebih positif dalam menjalani hidup.


6. Luahkan segalanya dalam blog atau dairi. Dalam bentuk tulisan, dengan cara ini boleh membantu kamu lebih rileks. Cara ini juga boleh mencegah kamu terjebak dalam fikiran sendiri yang boleh menjurus ke arah negetif. 
Sambil menulis, tanpa sedar juga boleh menyedari kesilapan kamu atau kekurangan kamu.


Yang paling penting ingat tuhan. Sudah tentu dia bukan jodoh kamu. Dan berdoalah kepada Allah semuga dipertemukan dengan orang lebih baik dari bekas kekasih kamu itu..

~ 9 cara redakan sakit hati setelah putus cinta .. menfaatkan




Putus cinta memang menyakitkan, lebih-lebih lagi apabila ditinggalkan kekasih. Tapi cubalah untuk tidak terjebak dalam kesedihan berlarut-larutan. Cuba sembilan cara untuk meredakan sakit hati itu. Tapi jangan lupa Qada & Qadar Allah yaa ...

1. Jangan berjumpa kekasih lama untuk sementara waktu ...


2. 'Nikmati' dulu rasa sakit itu, supaya kalau putus cinta lagi, sudah tahu bagaiman rasa sakitnya ... heheheh


3. Menyibukkan diri, supaya lupa kepada sidia dan saat manis bersama ...


4. Ceritakan kesedihan hanya kepada teman terdekat, lebih baik kalau ibu sendiri...


5. Tumpahkan perasaan dalam tulisan, buat novel atau cerita pendekkan ke, mana tau boleh jual macam Novel Ombak Rindu...

6. Meditasi - belajar mengawal hati dan perasaan di dalam bilik sambil menutup mata untuk mengawal fikiran yang tegang ..


7. Alihkan tumpuan pada keluarga lebih-lebih lagi kepada kedua ibubapa...


8. Fokus pada kerjaya - kerjaya lebih menjamin masa depan - without work no money.. without money no honey ... lupakan kesedihan okey..


9. Nikmati hidup sendirian buat sementara waktu .. cuba walaupun itu bukan pekara mudah ..

~ panduan menempuh malam pertama..

Malam pertama memang menjadi malam yang paling ditunggu-tunggu oleh pengantin baru. Itu bagi pasangan yang belum melakukan zina sebelum nikah. Bagi yang sudah menikah 'malam pertama' sudah tidak apa-apa istimeawanya.. tiada sudah waktu tegang.


Jadi kepada bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan, jangan bimbang berikut ada beberapa petua yang boleh kamu cuba untuk menghilangkan rasa gugup itu.



1. Nyatakan cinta
Tunjukan kegembiraan kamu kerana telah selamat diijab dengannya. Pelukan, ciuman atau bisikan mungkin boleh menjadi pilihan.

2. Mengatur suasana hati
Keletihan yang kamu berdua alami sepanjang majlis pernikahan, tentunya membuat hati menjadi kacau. Jadi pastikan adanya aroma terapi yang membangkitkan mood anda sepanjang malam itu. Jangan lupa untuk mengenakan pakaian yang seksi dan spesial untuk 'malam pertama'.

3. Siapkan tubuh kamu untuk kenikmatan seksual
Bersiap sedia dengan dari segi mental dan fizikal untuk  menghadapi pasangan pada malam pertama ini. Jangan terlalu gelojoh dan mengharapkan yang lebih-lebih sangat.

4. Keterbukaan
Di awal hubungan seksual, tentunya kamu harus terbuka dan merasa nyaman dengan satu sama lain. Jangan takut mengkomunikasikan apa yang dirasakan, jangan ada keterpakasaan. Jadikan malam pertama kenangan yang terindah sepanjang hayat.

5. Menjaga gairah tetap hidup
Menikah memiliki risiko untuk merasakan kebosanan. Terlalu sering bercinta bisa menyebabkan menurunnya gairah seksual. Oleh kerana itu buatlah jadual bercinta yang sudah disepakati bersama. Ini merupakan salah satu cara agar gairah bercinta kamu dan pasangan tetap hidup sepanjang hayat.

~ 7 jenis lelaki yang tidak layak dijadikan suami...





Sebaiknya kamu dicadangkan menjalani tempoh bertunangan selama setahun untuk mengetahui karakter dan perangai bakal suami kamu. Kerana ini tidak semua lelaki layak dijadikan suami. Di bawah ini beberapa jenis lelaki yang sebaiknya jangan dijadikan suami.
  1. Anak emak. Lelaki yang selalu bergantung pada ibunya, biasanya menunjukkan dia tidak boleh berdikari sendiri dan akan terus bergantung pada ibu atau isterinya.
  2. Tidak pandai mengurus wang. Bila lelaki tidak memiliki simpanan di bank, lelaki ini pasti tidak pandai berjimat cermat kurang bertanggung jawab.
  3. Lelaki yang tidak mempunyai kawan.
  4. Lelaki yang kerap meremehkan kamu di depan kenkawan atau keluarga. Lelaki jenis ini ini kerap menuntut untuk dihargai tapi tidak menghargai pasangannya.
  5. Lelaki yang kasar dengan pelayan restoran. Biasanya, jika sering memberikan perlakuan kasar terhadap orang lain, mungkin juga suatu hari dia akan kasar terhadap  kamu.
  6. Lelaki yang tidak boleh memaafkan dirinya sendiri. Jenis ini boleh membuat hidup pasangannya tidak tenang.
  7. Lelaki yang banyak berahsia dengan kamu. Lelaki jenis ini memiliki rahsia yang mungkin merugikan pasangannya suatu hari nanti.
Satu pekara yang paling utama, tentang agamanya. Mampukah bakal suami menjadi imam, jika dia tidak mampu melaksanakan tugas sebagai imam ketika berjemaah, maka akan pincanglah keluarga yang akan dibina itu...

Jadi baca 7 pekara di atas dan fikir-fikirkanlah, ada atau tidak sifat itu pada tunangan kamu?...

~ berhajat nak naik bas canggih? jom kita gi Dubai..