~ multi purpose zip ..




 Banyak cakap, banyak tanya, banyak homeh, suke membebel. Padan zip kan aje mulutnya ..



 Suke mengintai, suke menjeling. Suke curi2 pandang. Padahnya zipkan aje matanya ..



 Nilak spesis biawak. Tak taulah mak dia ke bapak dia yg berketurunan biawak. Tapi yg pasti lidah dia dah bercabang macam lidah  biawak.



 Ni satu lagi yg rasa tak boleh jaga mata, nak kawal mata dari pandangan yg sepatutnya tak boleh pandang. Pasang zip je senang.. zapppp tutup.. zappp bukak... siksa juga gayanye kan?



  Yang ni pulak, tak tahulah nak masukkan dlm katogeri yg macamana.....


~ petua Imam Syafi'e ..


 Empat perkara menguatkan badan...
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan...
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata...
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata...
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran...
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


EMPAT CARA TIDUR.

1. TIDUR PARA NABI >  Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH > Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA > Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN > Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 


* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.... waallahuallamm ..

~ eh! aku gemuk..?


  Kalau sesiapa rasa lepas raya ni semua baju dah sendat, pakai baju perut pun dah menonjol ke depan, zip pun dah tak boleh tarik..ah haaa... itu maknanya dah gemuk laa. Lemak dah bertampal di bawah kulit..

  Gemuk bukan bermakna tidak cantik, masih lagi cute & comel. Tapi kekadang kita rasa nak maintain dg saiz badan yg biasa. Tapi tu laa, nak maintain pun susah, tak boleh nak kawal selera kan..

  Jom try minum F1 produk dari HERBALIFE ni..

  Mudah saja.. Minum secawan F1 sebagai sarapan, anda boleh menikmati makan tengahari seperti biasa, sangat-sangat membantu anda mengawal lemak di badan juga mengawal selera makan...



              F1 tersedia dalam 4 perisa sedap-sedap belaka...





Yang ini set lengkap untuk pengurusan berat badan. Minum F1, kemudian diikuti Teamix untuk membantu cepatkan pengeluaran lemak bersama air kencing.

  Protein soya tu pulak untuk menjaga otot kita supaya sentiasa tegang & pejal @ kologen. Yalah dah kurus tak mahulah nampak mengelebeh je kulit kitakan ..

 Kalau tak percaya boleh cuba, sebulan je kompom berkesan ...

~ bila mak cik berblog ..




  Mak cik boring.. tak tahu apa nak buat bila banyak masa terluang..

 Abis buat kerja rumah, mengemas, memasak, membasuh, dah tak tahu apa lagi mak cik nak buat. 

 Anak-anak semua dah besar. Jarang melekat di umah, mereka sibuk dg kehidupan memasing, belajar n berkawan. Rasa sunyi betul & kekadang rasa macam sebatang kara je la pulak.. 

 Nak mengikut kenkawan menghadiri mensyuarat dari pintu ke pintu, mak cik tak minat. Dari leka dg angan2  dan tuntutan mata, tidoo.. mak cik rasa laa, lebih baik mak cik bukak lektok.

 Pencarian utama mak cik FB, kekadang teruja sangat nak jumpa kenkawan di sini. Kekadang je.. kekadang tu bosannn juga menghadap FB ni. 

 FB ni pun anak mak cik yg registerkan. Kata anak mak cik, sini boleh jumpa kenkawan lama dan boleh cari kawan baru... memang betulll. Dah ramai kawan mak cik yg dah berbelas tahun tak jumpa, boleh jumpa di sini. Kawan baru lagi laa ramai ..

 Pas tu anak mak cik offer mak cik, 'nak bukak blog tak? ibukan suka merapu.. heheh..' 

 Mak cik jawab boleh try cuba, apa salahnya. Mula2 buka blog, blur tak tahu nak tulis apa. Kononya nak meniaga, tapi rasanya tak berbaloi.. yg sebenarnya mak cik tak pandai berniaga internet ni.. hehe. 

 Pas tu mak cik try tulis apa2 je yg mendatangkan menfaat & copypaste mana2 yg patut utk kongsian bersama. Hehehe... rasanya memang ok, menenang jiwa mak cik. Bila duduk sesorang menulis rasa lapang dada. 

 Tambah2 pulak mak cik ni memang minat amat menulis .. minat jelah, tapi taknye mahir, sekadar boleh mencoret apa yg teringin dikata... Belajar mengarang, tulis sikit2, buka blog anak2 & followww ngeee....  

Sekarang masa lapang mak cik berblog je laa...

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Mak cik ni baru nak belajar berblog
Kalau salah tak de hal sesape saje sudi-sudilah tolong tunjukkan....
                                                                             

~ menu junjungan Nabi Muhamad SAW ..

 
                                                 gambar google

  Rupa-rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati. Apabila kita makan makanan sesuka hati, inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit kepada kita.

  Antara penyakit yg paling popular sekarang ialah kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan berbagai jenis barah.

  Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayat kerana sentiasa menjaga makanan yang dimakannya.


   Antara pantang larang Rasulullah SAW ialah:

> Baginda tidak minum SUSU setelah makan DAGING. 

> Baginda tidak makan DAGING bersama IKAN. 

> Jika baginda makan IKAN, baginda tidak minum SUSU selepas makan. 

> Baginda juga tidak minum SUSU selepas makan AYAM. 

> Baginda menasihatkan supaya jangan makan IKAN bersama TELUR pada suatu masa.

> Baginda berkata makan IKAN bersama DAUN SALAD juga boleh mengakibatkan perut meragam.

> Baginda juga berkata jangan minum SUSU selepas makan hidangan yg mengandungi CUKA makan seperti acar.

> Hidangan yg mengandungi BUAH bersama SUSU seperti koktel membuat perut tidak sehat.


                                                    gambar google
  

   CARA MAKAN YG SEBAIK-BAIKNYA >

> Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

> Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

> Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.  Kesannya tidak dalam jangka masa pendek. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

> Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion posotif, sedangkan dalam ikan mengandung ion negetif,  jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita...


> Lebihkan makan makanan yg mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan yg dibuat daripada bahan tumbuh-tumbuhan kerana makanan ini lebih lembut pd usus dan mudah hadam.. wallahualam.
    
  Rasanya masih belum terlambat utk kita mengikut cara pemakanan Rasulullah SAW demi utk menjaga kesihatan kita...

                                                   gambar google

~ dari rancangan mari memasak ..

  Petang tadi, ibu buat daging masak itam atas permintaan baby ibu. Mudah n simple je caranya. Pada yg suka makan daging dan tak suka pedas sesuai sangat mencuba resepi ini..

                                             ~ kicap manis

   Pada yg nak mencuba, ini je bahan2nya:

 2 kilo daging lembu > dipotong dadu

 setengah cawan minyak masak > utk menumis

 10 biji bawang kecil > dihiris halus

 tiga ulas bawang putih > dihiris halis utk menumis

4 biji lada besar dibelah dua

 secawan kicap pekat

 dua keping kulit kayu manis > utk menumis

 dua biji bunga lawang > utk menumis

 empat keping asam keping

 garam secukup rasa.

                                          ~ bawang > gambar google

   Panaskan minyak dg api yg sederhana dlm kuali, bila dah panas minyak, masukkan bahan penumis. Kacau hingga naik bau, kemudian masukkan bawang kecil yg dihiris kacau hingga layu sahaja kemudian masukkan daging.

                                          ~ daging yg dipotong dadu > gambar google

Tambah 4 cawan air ke dlm kuali, biarkan 4 cawan air tadi surut dan naik minyak sedikit kuahnya. Juga pastikan daging empuk. Jika daging belum empuk tambah 1 cawan air dan didih lagi.

                                           ~ bunga lawang & kulit kayu manis

  Akhir sekali masukkan kicap pekat, lada besar, asam keping & garam secukup rasa. Kacau dan biarkan mendidih sebentar, kemudian boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan..


                                          ~  daging masak itam sedia utk dimakan

   Memang menyelerakan hidangan daging masak itam ini bersama nasi putih, bubur nasi, nasi impit, pulut, ketupat, lemang, nasi lemak dan sedap juga dimakan begitu saja.. kalau tak caya cuba.

~ aku ingin...

  Inginku memelukmu sedemikian erat, hingga tak dapat dibezakan antara degup jantungku dan degup jantungmu.. ingin ku menciummu sedemikian lekat, hingga tak dapat dibezakan antara nafasku dan nafasmu.. ingin ku mencintaimu sedemikian dahsyat, hingga tak dapatku menahan jiwa ini, lalu melebur dalam jiwamu.. aduhhhh .. di mana dikauu..


                                            duh! sepi aku..