~ Pepsi, Coca Cola & 7Up Dicemari Virus AIDS?..

Pepsi, Coca Cola & 7Up Dicemari Virus AIDS?

KUALA LUMPUR – Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV.
Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut.
Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.
“IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.
(“PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang),” kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.
Selain itu, berita tersebut turut disebarkan melalui Twitter oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“I received a text saying please don’t drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati),” katanya yang dipetik dari sebuah laman web, urbanlagends.about.com.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008.
Menurut laman web itu lagi, apabila maklumat tersebut diperiksa di Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian.
“HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food.
(“HIV tidak boleh hidup lama di luar badan. Walaupun sejumlah kecil darah yang dijangkiti HIV atau air mani yang dimakan, pendedahan kepada haba udara, memasak, dan asid perut akan memusnahkan virus itu. Oleh itu, tiada risiko dijangkiti HIV daripada makan makanan),” kata laman web CDC tersebut.
Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.
Untuk keterangan lanjut, sila layarihttp://urbanlegends.about.com/od/fooddrink/ss/Pepsi-HIV-Blood.htm?r=facebook.
KREDIT UNTUK mynewshub

~ Polis Tembak Mati Tahanan Warga Nigeria..



KUALA LUMPUR – Polis menembak mati seorang tahanan warga Nigeria selepas mengamuk dan menyerang anggota polis ketika dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki Nigeria berumur 31 tahun itu ditembak polis ketika berada di wad 18, katil 10 kira-kira pukul 9.45 malam tadi.
“Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki terbabit kerana menyerang anggota polis selepas mengamuk di hospital itu.Dia mati di tempat kejadian,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, hari ini.
Ku berkata lelaki itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 1.40 petang semalam selepas X-Ray yang dibuat mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya.
“Lelaki tersebut sebelum itu ditangkap pada 2 Nov lepas pukul 11.13 pagi bersabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Dia sepatutnya direman sehingga Rabu depan,” katanya. – BERNAMA

~ Jangan Ditiru Emak Kahwini ANAK - ini tanda-tanda betapa hampirnya kiamat - bhg 2 ..



surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:..

Jangan Ditiru Emak Kahwini Anak - ini tanda-tanda betapa hampirnya kiamat...




Memang perangai binatang bila mak sendiri memaksa anak membuat hubungan sex dengannya. Memang mahu mengundanga bencana alam yang besar. Dan ini tanda-tanda betapa hampirnya KIAMAT..

~ tengok luar macam bagus, tengok dalam macam ..



~ bila buka nak makan, tengok isi dalam macam gampang! ..

~ senyuman bukan beerti bahagia ..


~ pindah..

Mak cik sibuk nak pindah.. tak bekesempatan nak pos cerita.. tunggu dah lapang esok pasti ada cerita baru..