~ Beshi pemenggal kepala di Saudi..



Di Arab Saudi, nama Muhammad Saad al-Beshi cukup terkenal. Maklum saja, lelaki yang kini berusia sekitar 50 tahun ini ditugaskan secara khusus oleh pemerintah Arab Saudi untuk memenggal kepala manusia yang melanggar undang-undang negara.

Beshi direkrut menjadi pemenggal sejak 1998. Dia mengaku bangga dengan pekerjaannya itu.

Bukan hal yang menakutkan baginya meski harus menjalankan perintah memenggal kepala pesalah hukuman mati, tak terkecuali wanita.

"Saya memang menentang kekerasan terhadap perempuan. Namun, jika semua perintah datangnya dari Tuhan, saya harus melaksanakannya. Saya bangga bisa melakukan pekerjaan untuk Tuhan," ujar Beshi dipetik dari harian Arab News.

Berdasarkan hukum Islam yang berlaku di Arab Saudi, hukuman mati boleh diberlakukan untuk seorang pembunuh, pemerkosa, penyelundup dadah, rompakan bersenjata dan pengguna dadah.


bengisnya muka

Selain diminta memenggal kepala tahanan, tak jarang Beshi juga diminta menembak mati tahanan perempuan. "Semua tergantung pada permintaan. Kadang mereka menyuruh saya menggunakan pedang, kadang pula dengan senjata api. Namun, seringkali saya memakai pedang," ujarnya.

Ketika diwawancara, Beshi bekerja di penjara Taif, berkata dia pernah memenggal 10 kepala pesalah dalam sehari.

Betapapun kuat mental Beshi, dia mengakui bahwa ketika pertama kali menjalankan tugasnya di Jeddah, dia sangat gugup. Pasalnya, banyak orang yang menyaksikan kejadian itu. Namun, kini Beshi telah mampu mengatasi.

"Tahanan saat itu diikat dan ditutup matanya. Dengan sekali tebas pakai pedang, saya memisahkan kepalanya, yang jatuh menggelundung beberapa meter jauhnya," kenang Beshi tentang pemenggalan pertama yang dilakukannya.



Ketika itu, banyak saksi yang muntah ketika menyaksikan pemenggalan tersebut. Beshi mengaku tidak tahu mengapa mereka ikut menyaksikan "penjagalan" kalau tak tahan.

Meski menjadi pemengal kelas pertama di negaranya, Beshi menyebut tak ada orang yang takut dengan dirinya. "Saya tetap memiliki banyak saudara dan teman, terutama di masjid. Saya juga memiliki kehidupan normal seperti kebanyakan orang. Tidak ada masalah dengan kehidupan sosial saya," tegasnya.

Pedang yang digunakannya merupakan hadiah dari pemerintah Arab Saudi. Tak lupa dia selalu mengasah mata pedangnya agar tetap tajam. Bahkan anak-anaknya selalu membantunya membersihkannya.

Beshi enggan memberitahu berapa dia dibayar pemerintah diatas tugasnya itu kerana mereka telah bersepakat untuk merahasiakan. Namun, dia menekankan bahwa gaji tidaklah penting. "Saya sebenarnya sangat bangga dapat menjalankan perintah Tuhan," tegasnya.

~ bagaimana memproses daging tikus menjadi daging ayam ...



Zaman ini, zaman dimana orang-orang yang tidak waras mencari untung dengan menghalalkan berbagai cara. Salah satunya adalah dengan memalsukan daging ayam.
Pemalsuan daging ayam itu dengan memproses daging tikus dan menjualnya dengan nama daging ayam.


Sudah lama sebenarnya pekara ini berlaku dan sudah banyak kali juga pekara ini disebarkan di internet. Rasanya tidak salah kalau sekali lagi mak cik sebarkan pekara ini, mungkin @ sememangnya masih ada lagi orang yang tidak tahu akan pekara ini.


Jadi kepada pengemar ayam goreng terutamanya ayam goreng berempah yang suka membeli juadah di tepi-tepi jalan patut waspada kerana takut kita terserempak dengan pengusaha yang tidak waras ini.

Jika ingin juga membeli ayam di tepi jalan, dinasihatkan kamu membeli kepak saja, kerana payah untuk memalsukan bahagian kepak ini kerana memang ayam dan burung saja yang mempunyai kepak.

Daging tikus seratnya lebih halus dan lemaknya banyak.Kalo daging ayam seratnya kasar dan kurang lemak.


Periksa kulitnya, jika kulit ayam porinya besar. Kalau kulitnya tidak kelihatan kesan pori rerambutnya, awas!  kemungkinan daging yang anda sedang makan itu daging tikus.


tikus yang akan proses


bulunya dibakar dan daging dipotong

















daging campurkan dengan perencah


siap digoreng


sedia untuk dimakan


menyelerakan


sekali pandang memang nampak macam peha ayam

~ kuasa Allah mengatasi segalanya - tumbuhan memakan serangga










~ hidup ini tumpang-tumpangan ..



"Hidup ini tumpang menumpang... di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. 


Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan. 


Ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi kepada kita.. alangkah kerdilnya kita di bumi Allah SWT... maka siapakah kita untuk menolak agama Allah...?




Renung-renungkanlah dan selamat beramal....

~ lelaki pemakan daging manusia ..


AHAD 12 Januari 2003. Penduduk Desa Majatengah, Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia gempar kerana kubur seorang wanita tua yang baru dikebumikan pada petang Sabtu itu telah digali orang.
Mayat wanita itu, dikenali sebagai Ibu Rinah, 80 tahun, turut ghaib. Kain kapan dan batu nisan berselerakan di atas tanah yang masih merah.
Ketua kampung itu, Agus Budi, percaya mayat yang diambil akan digunakan dukun atau seseorang yang belajar ilmu hitam.
Berita itu cepat tersebar. Beberapa hari kemudian, seorang penduduk dari Desa Pelumutan, kampung bersebelahan Desa Majatengah, memberitahu dia ternampak seorang pemuda memakai sejenis kalung yang aneh. Kalung itu dipercayai diperbuat daripada kemaluan wanita.
Pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk menggeledah rumah suspek apatah lagi selepas terhidu bau yang sangat busuk datang dari rumah lelaki itu.
Di situ, polis menemukan tulang-tulang manusia dan jenazah Rinah yang dikuburkan lima meter dari rumahnya. Setelah digali, jenazah Rinah yang ditanam sedalam setengah meter itu sudah tidak sempurna. Daging di kedua-dua pahanya telah dimakan.
Dalam pengakuannya, Sumanto berkata, daging paha Rinah sempat digoreng dan dibuat sate. Sebahagian daging yang dimasak itu diberikan kepada bapanya, Nuryadikarta. Kepada bapanya, Sumanto cuma mengatakan ia daging kambing.
Sumanto mendedahkan, dia menggali kubur Rinah tanpa menggunakan cangkul, sebaliknya hanya dengan tangan kosong. Mayat wanita itu dimasukkan ke dalam karung dan diikat dengan dawai sebelum diangkut dengan basikal.
Di rumah, Sumanto memotong bahagian kaki dan menyiat kemaluan Rinah. Sebenarnya, Sumanto mendakwa kasihan semasa melapah dan memotong lutut Rinah. Namun, lantaran niat untuk mendapatkan ilmu dan mengubah hidupnya, perasaan itu hilang.
Sebelum diangkut ke rumah, Sumanto, yang sebelum itu bekerja kampung termasuk mencari burung dan menjual jamu sempat menelan mentah-mentah dua ibu jari kaki Ibut Rinah.
Makan cengkerik
Sejak kecil, Sumanto dikatakan gemar makan serangga seperti cengkerik.
Ketika berpacaran dengan seorang gadis sekampung bernama Samien, Sumanto pernah diserang pemuda kampung yang lain kerana cemburu.
Bermula dari detik itu, Sumanto berazam menuntut ilmu kebal. Dia berguru dengan Taslim yang berasal dari Jambi. Namun, perguruan itu bersyarat. Sumanto mesti memburu dan makan sejumlah mayat.
Selepas itu, Sumanto merantau ke Lampung dan berkerja di sebuah ladang tebu. Di sana, dia berkenalan dengan sekumpulan pemuda yang mengajarnya agar memasukkan sedikit daging hasil buruan ke dalam lengan dengan tujuan bertambah kuat dan tidak dibayangi roh hasil buruan.
Selepas itu, berlaku satu insiden dia telah diperas ugut dan dipaksa menyerahkan wang upah bekerja. Kerana terpaksa, Sumanto melibas perut si penjahat hingga mati. Mayat lelaki itu dimakannya.


Walaupun sudah memakan tiga mayat, Sumanto mengakui kehidupannya belum berubah. Alasannya, ilmunya belum lengkap. Malangnya, sebelum misi sempurna, dia telah ditangkap polis.
Bagaimana rasanya daging manusia? "Sangat enak," jawab Sumanto yang tinggal di Lampung sejak 1992 dan kembali ke kampungnya lima tahun kemudian.
Tingkah laku aneh Sumanto menyebabkan dia dituduh gila oleh penduduk kampung. "Mengapa semua orang, terutama wanita di desa takut pada saya. Apakah memang saya gila?" tanya Sumanto kehairanan.
Kini, Sumanto ibarat objek yang sangat menakutkan. Walaupun Sumanto sudah ditahan polis, perasaan takut masih menjalar. Untuk beberapa lama, kanak-kanak Desa Majatengah takut pergi mengaji sehinggakan masjid menjadi kosong.
Ada juga keluarga yang tidur malam sebilik. Bahkan ada yang menumpang tidur di rumah jiran.
'Sekarang saya makan bayam'
Semasa ditahan di Tahanan Polres Purbalingga, tiada seorang pun tahanan yang berani tinggal satu bilik dengan Sumanto. Alasannya, mereka takut dimakan Sumanto.
Setelah dibicarakan, Sumanto dipenjarakan selama lima tahun di LP Purwokerto. Pada 24 Oktober 2006, Sumanto dibebaskan.
"Saya sukakan semua jenis daging asalkan ia dimasak. Tapi saya sudah tidak makan orang. Sekarang saya makan bayam," kata Sumanto, 37, kepada wartawan AFP semasa ditemui di Pusat Pemulihan Mental di Jawa Tengah, baru-baru ini.
Selepas dibebaskan, penduduk kampung masih tidak boleh menerimanya, jadi dia ditempatkan di pusat pemulihan itu.
Bapanya yang bekerja sebagai petani, Nuryadikarta, 65, berkata dia merindui anaknya itu tetapi tidak dapat membawanya pulang. "Tidak kira betapa jahatnya dia, dia tetap anak saya. Saya mahu membawanya pulang tetapi jiran-jiran pasti akan menghalaunya," katanya.
Menurut penjaganya di pusat itu, Ahmad Sugimin, sekali makan, Sumanto boleh menghabiskan dua pinggan besar nasi, 60 cucuk sate, 16 ketul daging sebesar penumbuk dan lapan ketul ayam. "Bagaimana dia boleh hidup di luar kalau sekadar bekerja sendiri? Saya bimbang jika dia kembali makan mayat," kata Sugimin.
Namun, Sumanto menafikannya. Sambil menunjukkan kepada botol-botol air yang kosong di katilnya, Sumanto berkata dia boleh hidup dengan air, vitamin dan mineral sahaja.
"Daging memang lebih sedap daripada sayur-sayuran. Tetapi jika tiada daging, saya boleh makan rumput. Ia menyihatkan dan saya juga boleh menggorengnya supaya lebih sedap," katanya.
Setelah menghabiskan bertahun-tahun di penjara dalam kesendiriannya, Sumanto kini mencari cinta, dia menyatakan hasratnya ingin berkahwin.
“Apa artinya cinta. Bagaimana saya bisa menggambarkannya jika tak pernah mengalami dan merasakan cinta?” 

Dia sentiasa berdoa supaya ada perempuan yang sudi menerimanya sebagai suami. 

~ kembar siam paling popular ...




VIVAnews - Donnie Galyon dan Ronnie Galyon merupakan bayi kembar siam yang mampu bertahan hidup hingga usia 59 tahun. Dua lelaki kembar ini memiliki dubur, organ intim, dan usus bawah yang menyatu. Lahir 28 Oktober 1951 di Dayton, Ohio, AS. Buku rekod dunia mencatatnya sebagai pasangan kembar siam tertua di dunia. 

Sesaat setelah lahir, keduanya menjalani rawatan intensif di rumah sakit hingga hampir tiga tahun. Teknologi medik saat itu belum mampu membantu operasi pemisahan keduanya. Meski memiliki dua pasang kaki dan dua pasang tangan, dua lelaki ini memerlukan waktu lama untuk berkoordinasi. 

Kerana dianggap tidak normal, sekolah tidak mahu menerimanya belajar. Keduanya kemudian memasuki dunia hiburan. Mereka menjelajah di merata Amerika, juga reality show di banyak stesen tv. Mereka memutuskan untuk bersara dari dunia hiburan dan menetap di kampung halamannya di Dayton.

~ belajar mengakui kesalahan ..







Seperti biasa, waktu pagi jalan di kota itu sesak. Seorang pemandu teksi memandu laju tanpa mempedulikan trafik lain yang berasak-asak perlahan. Teksi yang dipandunya terus menyelinap, sekejap ke lorong kanan, kemudian ke lorong kiri. Sesekali memotong barisan, tanpa mempedulikan kenderaan lain yang di kiri kananya. Cara pemanduannya itu membuatkan sebuah motosikal hampir terbabas dan melanggar pembahagi jalan akibat.


Sebaik tiba di sebuah bangunan, teksi itu berhenti dan menurunkan penumpang. Apa lagi penunggang motosikal itu pun  memberhentikan motosikalnya menjerit kepadanya.. "Hei! bodoh!! jalan ni ingat bapak kau punya ke?!!!!  sukeeeeee ati jeee... Orang ramai yang lalu lalang semuanya menoleh melihat apa yang terjadi...

Sebaik melepaskan kemarahan penunggang motosikal itu terus berlalu dengan muka yang mencuka tanpa memberi peluang pemandu teksi itu membela diri. 


Melihatkan motosikal itu terus memecut, meninggalkannya tanpa sempat membela diri, pemandu teksi tadi  menekan minyak, laju mengejar motosikal tadi.  Sampai di lampu merah dia berjaya memintas motosikal itu. Pemandu teksi menurunkan cermin tingkap dan menghulurkan tangan ke arah pemandu motosikal itu sambil tersenyum. Maafkan saya bang kerana membuat abang marah tadi...

Subhanallah....


Bagaimana jika anda berada di posisi pemadu teksi itu? Di maki di depan orang ramai, kemudian dengan tersenyum meminta maaf dan mengakui kesilapannya dan mahu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan...

Ramai orang sangat berat mengakui kesalahan. Dan selalu pula menyalahkan orang lain diatas kesilapan yang telah dilakukan.  Peristiwa di atas boleh dijadikan mengajaran indah. Lari dari kesalahan yang dibuat bukan cara yang sebaik-baiknya. Berani meminta maaf, walaupun kadang-kadang itu sangat pahit untuk dilakukan. Kadang-kadang tidak mengakuai kesilapan boleh menyebabkan pekara buruk berlaku.


Memang kadang-kadang kerana mengaku kesilapan, awak akan dibenci dan di hina. Tetapi rasanya lebih baik mengaku, dari kesilapan yang dilakukan itu jatuh kepada orang lain. 

Mengaku kesilapan dan meminta maaf dan bertaubat kepada Allah adalah sifat semulia-mulia insan. Seperti kisah di zaman nabi di mana seorang wanita Ghamidiyah yang langsung menghadap Nabi dan dengan terang-terangan mengaku berzina, seraya siap menerima segala risiko dari pertaubatannya itu demi membersihkan dirinya sehingga dia meninggal dunia bersih dari dosa zinanya itu.

Akhir zaman..., masing-masing takut mengaku kesilapan kerana takut menanggung risiko dunia... risiko akhirat bagaimana?