~ 7 sebab mengapa wanita harus menjaga keperawanan sebelum menikah..


Sex sebelum nikah merupakan zina yang termasuk dalam dosa-dosa besar. Dalam hukum Islam, penzina akan dihukum rejam sampai mati. Kepada penzina-penzina bertaubatlah sebelum terlambat. Semuga segala dosa-dosa zina itu akan diampuni Allah sebelum mati.

1. Sex sebelum nikah menyebabkan kamu akan dihantui perasaan bersalah.
Sekali kamu melakukannya dan meskipun mungkin tidak ada seorang pun yang tahu, rasa bersalah akan selalu menghantui. Bahkan boleh jadi kamu akan menjadi benci pada dirimu sendiri kerana tidak boleh menolak tekanan untuk melakukan hubungan sex untuk kali seterusnya. Perasaan seperti ini memang tidak mendominasi, tapi biasanya akan selalu muncul setiap waktu dan akan selalu menjadi sebahagian dari diri kamu... 

2. Kerana kamu boleh menjadi “sexual person“ dan segala sesuatunya tidak akan pernah lagi sama seperti semula.
Seperti kalau pernah mencuba sesuatu benda baru, maka ada saatnya rasa mahu mengulangi atau ketagihan akan datang. Akibatnya, fikiran akan dipenuhi dengan sex dan menggangu konsentrasi untuk hal lainnya.
Dengan kata lain : kamu dewasa sebelum waktunya...


3. Sex sebelum nikah akan mengubah cara pandangmu tentang sex – selamanya.
Sex seharusnya sesuatu yang sangat indah jika dilakukan oleh pasangan suami isteri. Tapi jika dilakukan sebelum menikah, maka boleh jadi sex berubah menjadi sebagai suatu yang hambar dan tawar selepas menikah. Cara pandang ini boleh terus tertanam di benak kamu untuk mengelak dan menjauhi sebelum diakad nikah.


4. Kamu akan sulit lepas dari “the first one”
Perempuan pasti tidak akan melepaskan lelaki yang telah diberikan daranya dengan mudah. Ini kerana perempuan takut jika rahsianya yang tidak ada dara lagi diketahui oleh BF barunya. 

5. Kerana hubungan kamu boleh berubah menjadi “all about sex“
Pasangan pranikah yang telah melakukan hubungan sex biasanya akan selalu mempunyai hidden agenda. Bila dan di mana akan melakukannya…. Tidak jarang kerana jadual rahsia ini mereka harus berbohong, kepada siapa saja. Apakah benar-benar tulus atau kerana cuma sex. Bahkan terkadang sedang bergaduh hebat pun akan langsung menjadi baik cuma gara-gara sex.

6. Sex sebelum nikah, maka kamu tidak akan pernah menikmati surganya bulan madu
Kerana sudah biasa melakukan hubungan sex sebelum nikah, maka bulan madu yang mestinya asyik, romantis & mendebarkan.. akhirnya jadi seperti percutian biasa. Jadi tiada kenangan terindah yang berkesan dalam hidup kamu.

7. Kerana sex sebelum nikah kamu dihantui sesalan seeumur hidup dan dibayangi dosa silam
 Kerana tergesa-gesa melakukan sex seawal usia dengan lelaki sebarangan akhirnya kamu pasti dihantui sesalan seumur hidup. Hilang dara bukan ditempat yang sepatutnya. Dihantui dosa zina bila diusia tua. Melahirkan anak luar nikah, dan menyesal menyerahkan bayi itu kepada orang. Atau mungkin anda pernah melakukan pengguguran haram. Membunuh bayi kamu sendiri? atau dan atau banyak lagi pekara yang hanya kamu saja yang tahu.

~ mari berdebat tentang Tuhan...

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan di dunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada di mana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? keruntuhan moral? kebencian? keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud di dunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia di sekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang dipanggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan di sini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa di dalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan - tQ Al Muhaimin..

~ 15 pekara yang mendatangkan bala kepada kita..


Rasulullah s.a.w bersabda, apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala' pasti akan turun kepada mereka :
1- Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3- Zakat dijadikan hutang.

4- Suami memperturutkan kehendak isteri.

5-Anak derhaka terhadap ibunya.

6- Sedangkan dia berbaik dengan kawannya.

7- Suka menjauhkan diri dari ayahnya.

8- Suara ditinggikan dalam masjid.

9- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10- Seseorang itu dihormati kerana ditakuti kejahatannya.

11- Arak diminum di merata tempat.

12- Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.

13- Para isteri disanjung-sanjung.

14- Muzik banyak dimainkan.

15- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.


Daripada ali bin abi thalib r.a rasulullah s.a.w bersabda:-
Hadis riwayat tarmizi


~ inginkan bahagia? menikah cepat..


Apa yang terbayang dalam pikiran kamu kalau ditanya “apa pendapat kamu tentang pernikahan @ perkahwinan?" Jangan disalah tafsir ya, kekadang pasangan yang belum di akad pun dipanggil sudah berkahwin juga hehehe...

Ditanya dulu kepada orang yang belum menikah. Apakah pernah berfikir bahwa sebuah pernikahan akan mengubah keseluruhan hidup? Atau, akan jadi seperti apakah setelah Anda menikah nanti? ....hehehe jangan fikir terlebih dari batas fikiran ya.. 

Ketika saya menanyakan pertanyaan yang sama kepada beberapa teman saya yang belum menikah, beragam muncul respon dari mereka. Dari sekian banyak jawaban, hal utama yang keluar dari mulut mereka adalah kebimbangan.

Sebagian besar dari mereka takut, atau lebih tepatnya bimbang bahawa pernikahan mereka akan tidak bahagia. Mereka berfikir bahwa pernikahan akan membelenggu kebebasan yang selama ini mereka miliki. Ada juga yang cemas pernikahan akan mengganggu perjalanan kerjaya yang selama ini sudah dirangka dengan susah payah.

Ramai pula yang menyatakan kembimbangan mereka tentangan pasangan. Mereka bimbang tentang pasangan yang akan berubah apabila sudah menikah. Tidak ada sifat tanggunjawab, tolong menolong dan sebagainya... itu pun banyak sudah terjadi.. kebimbangan mereka itu memang satu kenyataaan yang berleluasa.
Kebimbangan2 ini lah salah satu alasan mengapa orang-orang menunda pernikahan mereka. Ada langsung tidak kisah jika tidak menikah sampai ke mati... kalau sakit siapa nak jaga, itu kena fikirkan juga ya...

Bila ditanya kepada orang yang sudah menikah sudah tentulah jawapan tentang bahagia atau tidaknya, bertimbun dalam kepala. 

99% dari pasangan menyatakan bahwa pernikahan membuat mereka lebih bahagia! Percaya atau tidak dengan kenyataan itu? terpulang kepada pembaca...

Mengapa pernikahan boleh membuat kita lebh bahagia? Yang utama, dari sudut fitrah, yang hidup perlukan pasangan. Menikah secara sah, memang dituntut dari semua agama...


Kata mereka pernikahan membuat mereka terikat akan hubungan jangka panjang dengan komitmen kuat untuk saling menguntungkan. Pernikahan dapat meningkatkan harga diri seseorang melalui kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasangan, serta dukungan sosial jangka panjang yang diharapkan untuk menghadapi kehidupan yang berbagai ragam. Perempuan sudah tentu perlukan sokongan dan dokongan lelaki, betul tak? hehehe
Pernikahan membuat pasangan merasa lebih terjamin mengenai keadaan ekonomi mereka kerana sikap tolong menolong dan saling membantu. 
Lebih lanjut lagi, jumlah anak ternyata juga merupakan faktor yang meningkatkan kebahagiaan. Seperti pepatah berkata: banyak anak, banyak rezeki. Selain itu, kebahagiaan juga akan meningkat taraf kesihatan diri dan jiwa setiap pasangan.

Terakhir, yang paling penting dalam satu ikatan pernikahan bahwa kebahagiaan pasangan ditentukan oleh sejauh mana mereka menilai kualiti pernikahan mereka. Semakin mereka menilai bahawa pernikahan mereka berkualiti, semakin bahagialah pula kehidupan mereka & aman damailah selamanya.
Jadi, jika ini tidak terjadi pada anda yang telah menikah, maknanya anda tidak bahagia, sila cari sendiri mengapa pernikahan anda tidak memberikan apa yang semestinya anda dapatkan? Jangan salahkan pasangan atau orang. Musabah diri, belajar mencari kesilapan diri sebagai suami ataupun isteri...

~ kenali diri & bahaya dengki..



Semoga Allah Swt yang tahu persis suasana hati kita
menggolongkan kita semua menjadi orang yang mempunyai keberanian
untuk jujur melihat siapa diri sendiri, jangan sampai hidup yang cuma
sekali ini sibuk menipu diri.
Lalu apa yang berharga bagi diri kita jika diri sendiri
sudah ditipu, dan bagaimana mungkin akan jujur pada orang lain.

Salah satu yang harus kita waspadai pada diri kita adalah
penyakit hati yang bernama dengki, hasut dan itulah yang
mudah-mudahan dengan pertolongan Allah, kita bisa mengenal
kedengkian pada diri kita, lalu kita upayakan untuk mengubatinya.


Memang yang paling bahaya itu adalah pendengki. Dia yang
zalim tapi dia juga yang sengsara. Biasanya ada orang zalim yang
sengsara adalah yang dizalimi. Tapi pendengki lain, dia zalim,
dia pula yang sengsara.


Prinsipnya kedengkian itu itu hukumnya adalah haram.
Sebagaimana disebutkan dalam surat An-Nisa ayat 32
" Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah
kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. "

Kenapa kita tidak boleh iri terhadap apa yang telah
Allah berikan pada orang lain. Sebab semua yang Allah berikan
sudah sesuai dengan perhitungan Allah. Semakin kita tidak suka
pada kenikmatan yang Allah berikan kepada orang lain,
sebetulnya itu sudah merupakan kedurhakaaan terhadap
keadilan Allah. Hak Allah saja memberikan nikmatNya kepada siapa saja hambaNya,
kenapa kita pula yang dengki?.

Itu dari segi hubungan dengan Allah, jelas kedengkian
merupakan kedurhakaan. Bayangkan , Allah memberikan nikmat
sesukaNya, terus kita dengki, tidak rela, apa hak dia ?

Ditinjau dari segi kesehatan jiwa, jelas pendengki
itu menderita tiada akhir, kerana setiap melihat
yang didengkinya dapat nikmat, dia yang pening...
Jika kemudian nikmat itu ditambah oleh Allah
makin banyak. Kan pendengki itu tidak suka dengan kenikmatan
yang ada pada diri orang lain dan senang akan penderitaan
orang lain. Hal ini akan membuat dia stress dan gila.

~ peringatan utk pengguna FB & perbankkan internet...

 Sejak akhir-akhir ni kita semua para pengguna internet di Malaysia didedahkan dengan berita-berita penggodaman laman sesawang> yg utamanya akaun Facebook & perbankan internet.

 Diharapkan kita semua mengambil serius peringatan yang dicadangkan ini untuk menaik taraf sekuriti akaun-akaun laman sesawang kita. Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan jugek 'kerahsiaan' penggunaan internet.
Yang selalu terdedah kepada penggodam sudah tentunya Login Username dan Password kita, betul tak?....


Kerahasiaan Tahap 1.
Sekiranya kita merasakan keperluan tahap keselamatan dan kerahsiaan ruang kerja kita berada pada tahap RENDAH,  dicadangkan kita menggunakan cara kat bawah ni...

Ini adalah untuk memastikan takde siapa yang nampak kita menaip USERNAME dan juga PASSWORD...



Kerahsiaan Tahap 2.
Sekiranya kita merasakan keperluan tahap keselamatan dan kerahsiaan ruang kerja kita pada tahap SEDERHANA, dicadangkan kita menggunakan satu lagi cara di bawah ni...

Ini adalah untuk memastikan takde siapa yang nampak kita menaip USERNAME dan juga PASSWORD... serta takde orang nampak laman web apa yang kita sedang layari hehehe...  



Kerahsiaan Tahap 3.
Sekiranya kita merasakan PERLUNYA tahap keselamatan dan kerahsiaan ruang kerja kita pada tahap TERTINGGI pula, dicadangkan kita menggunakan cara terakhir  kat bawah ni...
Ini adalah untuk memastikan kita mendapat 'security' dan 'privacy' pada tahap GABAN hikhikhik .. 


SEMOGA KESELAMATAN BERINTERNET TERJAMIN....

p/s : Pada rodong-rodong yang berminat nok bisnes.... ini boleh jadi satu perniagaan yang menguntungkan... bagi yang pandai mengait la.... Hehee.. lama tak buat pedo'oh.... 

copy paste dari  Admin M kaki pedo'oh I <3 Pahang. tQ mR M

~ kamu gelojoh? baca ini ..


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf 'Penawar Bagi Hati' menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan > Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran. Bersopan dan bertertiplahketika mengadap rezeki...

2. Banyak bercakap > Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia. Jadi kurangkan bercakap yang sia-sia untuk mengurangkan dosa...

3. Suka marah-marah > Naik angin tak tentu hala. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan. Akibat seterusnya boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan, seperti membunuh. Banyakkan bersabar, kerana sabar itu separuh dari iman...

4. Hasad dengki > Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim). Tiada faedah berhasad dengki sesama manusia kerana setiap rezeki anak adam itu ALLAH tentukan...

5. Kedekut & bakhil > Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah, berzakat dan membantu orang yang memerlukan. Sifat kedekut dibenci sekelian alam..


6. Bermegah-megah> termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan. Bangga dengan kelebihan yang ada, umpamanya kecantikan dan kekayaan.

7. Cintakan dunia > Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim). Cintakan dunia, dunia akan mengejar kita. Cintakan akhirat dunia akan mengejarkan kita, renung dan fikir-fikirkan lah..
8. Ego atau sombong > Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri > Sifat ini lebih kurang seperti sifat bermegah-megah, ego atau sombong.  Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan bangga diri.
10. Gemarkan pujian atau riak > Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sumber: www.ustazazhar.net