~ kucing dua muka ..

 Seekor kucing yang mempunyai dua muka bernama Frankenlouie sangat bertuah kerana mencapai usia sehingga 12 tahun. Biasanya hayat seekor kucing yang lahir tidak normal hanya bertahan beberapa hari saja.

 Frankenlouie mempunyai 3 mata, 2 hidung, 2 mulut & 2 telinga. Jangan hairan ini semua menandakan kebesaran kuasa Allahtaala.














 KREDIT BERGANDA UNTUK www.bom321 ATAS GAMBAR INI



~ selamatkan Gunung Jebak Puyoh ..

 Gunung Jebak Puyuh diantara yang tercantik yang terdapat di kawasan rekreasi Gunung Senyum. Yang lainnya iaitu Gunung Terus, Gunung Balik Oi dan Gunung Che Ngah.

Ada pihak yang bercadang untuk membina kilang simen yang bernilai 1.2 billion di kawasan hutan rekreasi ini. Kilang ini sudah tentu akan merosakan ekosistem alam sekitar dan seterusnya memusnahkan industri pelancongan di sini.

Mak cik pun tak faham kenapa kilang simen dan kuari ni nak dibina di sini. Banyak lagi tempat lain yang tidak merosakkan alam sekitar dan harta benda. Malang sungguh nasib cucu cicit kita akan datang  ..








~ bayi 23 hari diliwat bapa ..





 GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.


 Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.


 Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

 Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


 Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

  Manusia semakin gila dan tidak  boleh menggunakan kewarasan akal dan fikiran semuanya sudah di kawal nafsu.

 Sumber Metro 8/10/2011

~ auta orang kaya ..







  Seorang lelaki India bertemu dengan pegawai pinjaman di bank New York City. Beliau 


perlu ke India menguruskan bisnesnya selama 2 minggu dan perlu meminjam $5000.

 

 Tanya pegawai bank, "Apa cagaran yang Tuan ada?"


Lelaki India itu mengeluarkan segugus kunci dan beberapa helai dokumen, "Ini kunci dan 


dokumen kereta Ferrari saya. Saya parkir di depan bank."

  

 Setelah mengusulkan pada presiden bank, pegawai bank bersetuju. Presiden bank sempat 


ketawa kerana  pinjaman $5000 dicagarkan dengan $750,000. Setelah lelaki India 


menerima $5000, pekerja bank pun memandu dan menyimpan Ferrari di dalam garaj.



 Selang 2 minggu, lelaki India itu kembali, "Nah $5000, dan ini bunga $15.41." Pegawai 


bank dan presiden tersenyum, tetapi wajahnya kehairanan. "Kami gembira dapat membantu 



 Tuan. Namun kami hairan setelah menyemak profil Tuan. Tuan seorang jutawan, kenapa 


meminjam $5000?"

  

  Lelaki India itu ketawa terbahak-bahak, "Mana saya nak parkir Ferrari saya selama 2 


minggu di New York ini hanya dengan $15.41?"

  

 Inilah kisah benar seorang lelaki India bernama Vijay Mallya, jelmaan Tony Fernandez di 


India. Beliau adalah tauke arak Kingfisher (United Breweries Group) dan syarikat 


penerbangan Kingfisher Airlines. Pemilik bersama pasukan F1 Force India dan pasukan liga 


India, Bangalore Royal Challengers, dan East Bengal FC.




P/s: Terjemahan dari nota Jeya Samuel. Pandai-pandailah tapis ilmu, yang baik jadi 


teladan, yang buruk bukan ikutan.





~ kenali cinta hati kamu ..





a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh.
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas.
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas.

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta
    rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak

     sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.

4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
    sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
    semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
     pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
     menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan sentiasa cantik.
6) Sentiasa berwaspada.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.



~ bayi maut dihempap pengasuh ..


                                 gambar google


 Bayi lelaki berusia sebulan mati akibat kelemasan apabila pengasuhnya rebah dan mati lalu menghempap bayi malang itu.

 Michael Baldwin yang bekerja sebagai wartawan televisyen berita 12 di stesen radio NewYork berkata, dia memanggil Teresa Coffey, 39, dan meminta wanita itu menjaga bayi lelakinya.

 Setiap hari dia membuat panggilan ke rumah tiga hingga empat kali untuk memastikan bayinya berada di dalam keadaan selamat.

 Bagaimanapun pada hari ketiga Teresa bekerja, Michael membuat beberapa panggilan dari tempat kerjanya ke rumah, tetapi tidak dijawab. Setelah panggilannya tidak dijawab, dia bergegas pulang ke rumah.

 Sampai di rumah Michael menemui Teresa rebah di atas sofa, tetapi gagal menemui bayi lelakinya.

 "Saya mencari di setiap bilik sambil memanggil namanya" kata Michael.

 Apabila gagal menemui bayi lelakinya itu, dia pergi semula ke ruang tamu di mana Teresa tertiarap dengan lututnya menjulur ke lantai.

 "Saya ada terfikir mungkin Teresa rebah di atas bayi saya. Saya kemudian mengangkat tubuh Teresa dan  melihat bayi saya ada di bawahnya. Anak saya kelihatan pucat, saya lalu mendukungnya dan memanggil namanya walaupun tahu dia sudah tiada lagi.

 "Anak saya bagaikan nyawa saya. Dan kini dia sudah tiada lagi."

  Menurut doktor, Teresa yang mempunyai ketinggian 1.67 meter dan berat melebihi 90.7 kg ditemui mati di atas sofa dan menghempap seorang bayi mungkin mengalami masalah jantung

~ kempen gantung coli ...



PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) – Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.
Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.
Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.
Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.
“Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini,” kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola.