istilah babi dalam perubatan, apa yg mesti kita tahu ..

                                                    gambar google > tQ

  Seperti yg kita tahu, banyak makanan di Malaysia sekarang yg mengandungi bahan sumber dari babi.
Dari label yg kita baca, memang banyak istilah yg kita tahu dan biasa dengar. Tetapi yg pastinya, lebih banyak yg kita x tahu dan x pernah kita dengar.

  Dalam label makanan kita sudah biasa dg kandungan yg ada 'E'

  Tetapi artikel di bawah ini boleh juga dijadikan panduan tambahan utk kita sebelum membeli makanan ataupun ubat ubatan.

  Maklumat ini sangat penting sebagai panduan utk kita sebagai seorang muslim, oleh itu marilah kita hebahkan.

 Dalam Bahasa Melayu, bila disebut babi atau kinzir, jelas mengambarkan haiwan pendek yg berkaki empat, samaada daging babi, bulu babi, kulit babi, atau senang cakap kira keseluruhan seekor babi laa.

 Tetapi dalam Bahasa Inggeris, kita mungkin keliru dg berbagai istilah utk menggambarkan bahagian2 haiwan itu.

  1:  Pork >  istilah daging babi dalam masakan. 

  2:  Swine > istilah yg digunakan utk kumpulan semua spesis babi.

  3:  Pig > istilah umum seekor babi muda yg beratnya kurang 50kg.

  4:  Hog > istilah babi tua yg beratnya lebih 50kg.

  5:  Porcine > istilah yg digunakan utk sesuatu bahan yg berkaitan dg babi. Yg selau digunakan dlm bidang perubtan utk menyatakan kandungan sesuatu ubat itu terdapat sumber babi.

  6:  Boar > babi liar.

  7:  Sow >  istilah yg digunakan utk babi betina dewasa yg jarang digunakan.

  8: Sow milk >  susu babi.

   Sebenarnya banyak lagi istilah yg mmg kita tidak tahu.

  Dari istilah Inggeris, PORCINE yg mmg sering digunakan dlm bidang perubatan dan terdapat pd label ubat ubatan, contohnya seperti "this product contain substance from pocine"; bermaksud bahan ini mengandungi bahan daripada babi. atau "the source of gelatin capsule is porcine"; maknanya kapsul ubat ini dibuat daripada gelatin babi.

  Marilah kita mengambil kisah dg mengambil sedikit masa utk meneliti pekara-pekara ini supaya bahan yg mmg haram ini tidak menjadi darah daging kita.
 
*tQ> blog LiFe InSPiReD

*tQ> PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA)

** walaupun salin je artikel ini, tapi banyaknya masalah yg datang.. ya ALLAH permudahkan lah urusanku..

Al- Fatihah = Pembuka ..

                                                        al-Fatihah - surah ke 1: 7 ayat

 
  1: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

  2: Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam,

  3: Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,

  4: Pemilik hari pembalasan

  5: Hanya pada Engkaulah kami menyembah dan hanya pada Engkaulah kami memohon pertolongan,

  6: Tunjukilah kami jalan yang lurus,
  
  7: iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai 
     dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Abu Sa'id bin Mu'alla berkata,

  "Pada suatu hari aku sedang bersolat di masjid. Selesai solat aku dipanggil Rasulullah S.A.W.

  Kemudian Rasulullah S.A.W. pun bersabda, 'Aku akan mengajar kamu sebuah surah yang teragung di dalam al Qur'an sebelum engkau keluar dari masjid.'

  "Aku bertanya, 'Surah apakah itu wahai Rasulullah?'

  Rasulullah S.A.W kembali bersabda, '(Ia adalah surah) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang (dalam setiap rakaat) dan al Qur'an yang agung yang diberikan kepadaku."

* dari Bukhari, Abu Dawud dan Nasa'i..

~ sepi seorang perinduu ..

                                                                     abang dg kakak 
 

  Entahlah! payah untuk akak terangkan dg kata2, tiap kali nak ceritakan perasaan seorang ibu macam akak ni, mesti air mata dulu yg menjelaskan segala2nya.. Apa yg nak akak cakap ni sebenarnya bukanlah rahsia sulit @ penting sangat, cuma bila dah duduk sensorang dlm suasana sunyi sepi, mula macam2 yg terlintas difikiran akak.. yg paling sering datang ttg anak2.
 
  Mungkin bukan akak sorang yg rasa macam ni, mungkin semua ibu2, mak2 dan umi2 pun begitu rasanya bila terkenangkan anak2 yg semakin membesar, yang semakin pandai membawa diri, berdiri dan berdikari yg rasanya akan pergi semakin jauh dari kita.. rasa akak laaaa ...
 
  Jauh yg akak maksudkan bukan anak2 ni pergi dan lari meninggalkan kita, jauh yg akak maksudkan iaitu mereka sudah pandai melakukan sesuatu tanpa bantuan kita.. Dari sebesar tapak tangan sentiasa dlm dakapan kita, sehinggalah saat demi saat mereka menjadi semakin dewasa tanpa kita rela tanpa kita sedar rupa2nya sudah besar mereka. Masa tak akan berpatah balik ..

                                                                           buda dg adik


  Lumrah alam sebenarnya.. yg kecil menjadi dewasa dan seterus menjadi tua dan meninggalkan dunia.. Tapi saat indah semasa membelai mereka itulah yg menjadi saat yg sentiasa dirindukann akak..
 
  Rindukan sentuhan kulitnya yg mulus, rindukan pelukkannya, jeritannya, tangisannya, rengekkannya .. rindukan segala-galanya waktu itu... walaupun adakalanya masalah anak2 membuat kita rasa serik utk beranak kecik.
 
  Anak2 akak mmg ada masalah semasa baby. Abang ada masalah asma. Kakak pulak mengalami masalah jantung.. tapi pengalaman itu semua membuatkan akak menjadi tabah dan sentiasa cekal hingga sekarang.

  Melayan telatah abang yg comel dan mmg lasak semasa kecil mmg menguji kesabaran. Tiap kali akak kenang masa tu, pasti air mata tak dapat ditahan2..sob sob sob ..  sebabnya dia selalu kena belasah dg penyangkut baju.. akak menyesal sebenarnya, akak selalu berfikir, mengapalah waktu itu akak tak diberikan kesabaran yg tinggi... sob sob sob ..

   Kakak pulak mengalami 2 masalah jantung. Kecacatan jantung di bahagian bawah dan dinding jantung berlubang. Akibat dari masalah itu, kakak menjadi seorang baby yg tak aktif. Mengalami alahan yg teruk. Selalu demam dan muntah2.

  Buda pulak sentiasa membesar dlm suasana yg serba serbi ingin tahu. Dari sudut positif mmg bagus, tapi bila dikira dari sudut negetif perangai buda mmg menakutkan. Yang akak tk boleh lupa bila tangan dia cedera terkena mercun bola. Kalau tak silap akak waktu itu umur buda 5 tahun. Tak tahulah dari mana dia dapat mercun bola tu, tau2 balik rumah tangannya dah terbakar ..

  Ingatan akak semasa menjaga adik yg mengalami sakit perut sehari semalam dlm bulan puasa mmg tak boleh lupa sampai sekarang.

  Anak2 dah semakin dewasa. Dah mula mencari kehidupan sendiri.. yg masih belajar, tinggal di asrama, sudah bekerja dan sudah bekeluarga tinggal di rumah sendiri. Masa yg dulu sentiasa sibuk, bingit dg suasana hiruk pikuk, pening dg kenakalan mereka, rimas dg bau hancing air kencing mereka ..  kini sepi.. Semakin sepi .. semakin kosong rasanya jiwa.


                                

   Sudah tentu bukan akak saja berasa begitu. Sebenarnya kitaran hidup ini sudah ditentukan.. hukum alam belaka. Redho atau tidak, seorang perempuan yg bergelar ibu2 tetap akan melaluinya...

  Wasalamm.. terima kasih ..
 
  

~ kehebatan doa ..

                                              gambar google tQ..
  Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

“Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?”  Tanya para malaikat.

“Kerana belum dipaku.” 
Jawab Allah singkat.

“Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?”
 Tanya malaikat lagi.

“Aku akan menciptakan gunung-ganang.”
Jawab Allah.

  Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?” Tanya Malaikat

“Ada! Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi.” Jawab Allah

“Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?”
 Tanya malaikat.

“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.”
 Jawab Allah lagi.

“Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?”
 Sambung Malaikat.

“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus.”
Jawab Allah lagi.

“Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu iaitu gunung, api, air dan angin?”  Malaikat bertanya lagi.

“Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku.”  Demikian Allah SWT menjelaskan..
(Sumber: Hadis Kudsi)


* copy paste UpToMu.Net.. terima kasih banyakk..

~ bye bye soni.. welcome baby ..


                                                                    tQ google.. Nokia

  Mula-mula nak pakai telefon bimbit, Nokia menjadi pilihan pertama. Masa tu Nokia cukup popular dan banyak pilihan. Masa tu akak guna telefon bimbit ni pun hanya sekadar terima panggilan dan buat panggilan, itu je yg taunya..


tQ google.. Soni

Bila dah banyak kali bertukar ganti telefon Nokia, mula nak ubah citarasa, nak rasa pegang Sony Ericsson pulak. Pertama kali pakai Sony, tak ingat macamana bentuknya.. cuma ingat telefon tu berwarna oren. Tapi itulah kelebihan Sony yg mmg akak suka, warna2nya yg menusuk jiwa ..

                                                                  tQ google.. Baby

  Awal tahun nak ganti telefon, masih terfikir utk pakai Sony.. pilih punya pilih, akhirnya pilih yg warna merah macam gambar di atas tu laa .. Walaupun masa buat pemilihan tu, my baby dah cakap jgn beli yg macam ni, dah tak releven utk ibu.. ye ke? Tapi sebab akak dah minat sangat dg warnanya .. beli juga..

  Bila dah beli Sony mula rasa yg x releven tu.. mmg betul laa cakap my baby.. banyak benda yg sepatutnya boleh dibuat melalui telefon bimbit ni, terpaksa akak tangguh. Terutama berkaitan penghantaran gambar produk akak kpd client .. rugi betul rasanya.

  Pas tu dlm kepala mula laa fikir nak tukar.. Tukar mesti tukar.. pilihan tu terpaksa dibuat mengikut kemampuan dan kesesuai akak laa ...
  Akhirnya mengikut juga nasihat baby, beli je laa si BlackBerry  ni haa.. walaupun dlm hati nak beli macam2.. rasa terkilan juga tak jadi beli Samsung yg canggih tu... Itu impian tahun depannnnnn.. insyallahhh
 


Sahur Ramadan Pertama ..

                                                                   gambar: tQ google

  Sahur hari pertama mmg laa agak kelam kabut sikit. Mungkin ada di antara mak2 yg terlewat bangun dan pening mengejutkan anak-anak. Akak akak dah siap awal2 kunci jam, tapi pakai jam hphone je.. sedar dah pukul 5:20... alamak terlewat! macamana ni?
  


                                                          gambar: tQ google


  Nasib baik ayahnya dan gi kedai tom yam dulu dan bawak balik nasi goreng ayam bungkus utk anak nya. Akak sempat minum secawan nutrisi saja. Tapi alhamdulillah hajat utk bersahur di ramadan pertama tercapai.


                                                                           shake HL

CABARAN ANAK2 ZAMAN INI ..

                                                                     gambar: tQ pd google.

   Malam tadi sampailah hajat kami beberapa orang EXSMKK berjumpa di Rest Tupai-Tupai. Pertemuan yg diatur berjalan dlm keadaan penuh gembira, maklum sajalah dah lebih 20 tahun tak bersuamuka. Masing2 membawa pasangan dan anak.

  Melihat anak, perasaanlah kita rupa2nya usia kita ni semakin menghampiri setengah abad. Anak-anak zaman ini jauh benar bezanya dg zaman mak2nya dulu. Kalau dulu masih lagi terbuka, namun masih lagi ada rasa segan. Berbanding anak2 zaman sekarang yg malu2 tapi tampil dg penuh yakin, takira lelaki atau pun perempuan.

  Kalau dulu orang tua cakap, menjaga anak perempuan lebih susah, tapi bagi saya, lebih payah menjaga anak2 lelaki. Saya takut anak2 mencari org lain utk menyelesaikan masalah mereka, lalu jadilah saya ibu yg setia dan bersikap terbuka utk anak2 menceritakan apa jua masalah. 
  Banyak masalah anak2 lelaki saya, kami kongsi bersama. Dari hal2 biasa hinggalah kepada hal yg lebih jauh seperti masalah dg gf. Paling saya risau bila anak2 saya memberitahu mereka menerima massage2 cinta dari kaum sejenis. Sbg ibu yg mampu saya lakukan hanyalah memberi nasihat dan berdoa supaya mereka dijauhi dg pekara yg tidak diingini dan selamat dunia dan akhirat ...